Saturday, August 29, 2009

AnGGuN.. iN DreSs

Di negara kita pelbagai pakaian yang dapat kita lihat... dipakai tidak mengira kaum dan agama.. (itu yang baguskn..). namun kat negara kita ni terdapat jugak pakaian rasmi yg dipakai oleh kaum2 yg ada kat malaysia ni.. amacam kalau kita tgk dan kita ambil tahu sedikit sebanyak.. jom..


MELAYU
setelah ketibaan Islam, mereka mula memakai baju kurung yang lebih sopan. Baju kurung adalah sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi.Pakaian tradisional bagi kaum lelaki pula dinamakan baju Melayu. Baju Melayu merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang dan biasa digandingkan dengan kain samping.
CINA
Pakaian cheongsam atau ‘baju panjang’ yang selesa dan anggun juga sering dilihat hingga ke hari ini. Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain lembut.

ini pulak contoh baju cheongsam

INDIA
Sari merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali di seluruh dunia. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah. Pakaian salwar kameez / baju Punjabi, yang popular di kalangan wanita India, terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai warnanya. Kurta pula adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki India.Ia merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau linen.
antara contoh pakaian bangsa india.. (sari dan kurta)

No comments:

Post a Comment