Tuesday, September 1, 2009

BuDaYa dLm TaRiAn...:)

skrng ni nk cerita pasal tarian.. kita sepatutnya bersyukur tau sebab kat negara kita ni punya banyak budaya,, dan yg pasti yg tertera kat tajuk diatas sy nk cerita pasal tarian.. kat negara yg berbilang kaum mcm kat negara kita ni banyak tarian yg dapat kita saksikan.. sngt menarik.. namun mungkin antara kita yg belum tahu dgn mendalam pasal tarian2 ni.. so marilh kita sama-sama membaca apa yg sy tulis kat bwh ni...


TARIAN ZAPIN


Latar Belakang Ringkas Tarian Zapin Di Johor .Salah satu bentuk tarian pergaulan masyarakat Melayu yang masih utuh dan popular ialah tari zapin. Dari perspektif sejarah perkembangannya tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar senitari di Malaysia ini telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Namun demikian banyak antara genre zapin tradisional ini tersebar hanya ke daerah-daerah tertentu sahaja dan salah satu daripada genre zapin tradisional yang dinamik dan anggun dikatakan masih terdapat di negeri Johor.Di Johor zapin yang dikenali dalam dua bentuk iaitu Zapin Melayu dan Zapin Arab memperlihatkan perbezaaan dari segi unsur peradaptasiannya. Pada realiti kedua-duanya genre zapin itu berasal dari satu keseniaan masyarakat Arab yang di bawa Hadramaut.Satu hal yang menarik mengenai tarian Zapin Johor ialah keupayaan mewujudkan rasa persaudaraan penari dan pemuzik serta sifat esprik decorps yang dapat dimunculkan di kalangan mereka sekali gus mematahkan rasa malu penari-penari apabila menari di khalayak ramai. Secara simbolik gerak tari zapin ini menampakkan kepentingan usaha bersama dan bukannya usaha individu disamping meminggirkan persaingan antara pemain-pemain dalam kumpulan mahupun antara kumpulan, Ditinjau dari perspektif inilah, keunikan dan keistimewaan tarian Zapin Johor terserlah.

BuDaYa dLm TaRiAn...:)

TARIAN SINGA

bahasa Cina: 舞獅; pinyin: wǔshī) tarian singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.

ini merupakan kostum untuk tarian naga

TARIANG BHANGRA


Bhangra adalah merupakan suatu bentuk tarian untuk meraikan kejayaan menuai padi di wilayah Punjab India.Tarian ini lebih memaparkan komuniti Sikh di Malaysia. Setiap pergerakan di dalam tarian ini mambawa maksud yang tersendiri untuk melahirkan suatu pergerakan yang artistik. Penari Bhangra biasanya terdiri daripada kalangan lelaki dan wanita dengan pakaian pelbagai warna yang cerah. Lagu yang dinyanyikan untuk tarian ini adalah gabungan lagu asli dengan diiringi peralatan muzik tradisional seperti tholl (drum), harmonika, tamborin dan klapper muzik. Tarian Bhangra seringkali di persembahkan pada majlis seperti perkahwinan, harijadi dan perayaan kekeluargaan. Boleh ditarikan oleh sesiapa sahaja kerana bukan bercorak keagamaan.
inilah antara contoh tarian bhangra

Sunday, August 30, 2009

KiTa aDaLaH SaTu...



amcm lpas tgk citer ni... kita adlah one malaysiakan..
happy coz sy dilahirkan d negara yang berbilang bangsa dan budaya
tp tidak membezakan antara satu sama lain..:)

KeNaLi DiRi..!!

Penduduk Melayu, Cina dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama sejak beberapa generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik.
Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India. Jom kita selidiki serba sedikit tentang penduduk satu malaysia ini... JOM:)

MELAYU
Hari ini, kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih 50 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayu menunjukkan orang itu beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu. Pada asalnya mereka penganut Theravada Buddha dan Hindu pada kurun ke 1400-an, dan dengan pengaruh Istana Melaka ketika itu mereka menganut Islam. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya.

CINA
Ini adalah kumpulan etnik kedua terbesar, yang mana kaum Cina merangkumi 25 peratus populasi. Kebanyakan keturunan kaum Cina hari ini berasal daripada pendatang ke negara ini pada kurun ke-19. Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan pandai berniaga.
Tiga kumpulan kecil kaum ini yang berbicara dialek Cina berbeza adalah Hokkien yang tinggal di utara Pulau Pinang, Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa Mandarin yang tinggal di kawasan selatan tanahair di Johor.

INDIA
Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di negara ini, kaum India merangkumi 10 peratus populasi. Kebanyakan berasal daripada pendatang dari Selatan India yang berbahasa Tamil, yang datang ke Malaysia sewaktu zaman penjajahan British dahulu.
Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik, luar daripada sistem kasta yang diamalkan di India. Kebanyakan beragama Hindu, mereka turut membawa budaya mereka yang unik serta pembinaan kuil, makanan pedas dan pakaian sari yang mewah.

Saturday, August 29, 2009

AnGGuN.. iN DreSs

Di negara kita pelbagai pakaian yang dapat kita lihat... dipakai tidak mengira kaum dan agama.. (itu yang baguskn..). namun kat negara kita ni terdapat jugak pakaian rasmi yg dipakai oleh kaum2 yg ada kat malaysia ni.. amacam kalau kita tgk dan kita ambil tahu sedikit sebanyak.. jom..


MELAYU
setelah ketibaan Islam, mereka mula memakai baju kurung yang lebih sopan. Baju kurung adalah sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi.Pakaian tradisional bagi kaum lelaki pula dinamakan baju Melayu. Baju Melayu merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang dan biasa digandingkan dengan kain samping.
CINA
Pakaian cheongsam atau ‘baju panjang’ yang selesa dan anggun juga sering dilihat hingga ke hari ini. Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain lembut.

ini pulak contoh baju cheongsam

INDIA
Sari merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali di seluruh dunia. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah. Pakaian salwar kameez / baju Punjabi, yang popular di kalangan wanita India, terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai warnanya. Kurta pula adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki India.Ia merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau linen.
antara contoh pakaian bangsa india.. (sari dan kurta)

KiTa & RaYa!!!

kita di Malaysia sepatutnya merasa bertuah sebab kita punya pelbagai jenis perayaan yg kita boleh sambut bersama.. contohnya hari raya aidilfitri,tahun baru cina, dan deepavali.. sangat seronok.. kita boleh tgk macam2 masa perayaan ni.. macam tahun baru cina kita boleh tgk tarian naga dan singa..kalau melayu tentulah baju2 dan kuih raya yang jarang kita dpt tgk masa hari2 biasa.. kalau india pulak kita boleh tgk perarakan memikul kayadi yg boleh dikatakan menggerunkan jugak..huhu.. tp kat bwh ni sy terangkan sedikit pasal perayaan kat negara kita yang tercinta ni.. bacalah ye..

Hari Raya Aidil Fitri
Hari Raya Aidil Fitri menandakan tamatnya bulan puasa (Ramadhan) dan disambut oleh penganut Islam di seluruh dunia. Penduduk Islam di Malaysia memulakan hari ini dengan menziarahi kubur diikuti sembahyang sunat hari Raya dan saling bermaafan antara satu sama lain. Sanak-saudara serta sahabat handai dijemput ke rumah terbuka di mana mereka disajikan dengan pelbagai hidangan tradisional yang lazat.


Tahun Baru Cina
Tahun Baru Cina menandakan hari pertama kalendar Bulan cina.Mereka smbt perayaan ni lama jugaklh.. dlm 15 hari.Biasanya bangsa cina ni menghiaskn Limau Mandarin dan putik pohon plum,(lambangkan kemewahan dan nasib baik)kat rumah2,pejabt dan sebagainya. Tarian naga dan tarian singa berserta paluan gendang yang bersemangat menambahkan lagi suasana meriah perayaan ini. Pada malam sebelum Tahun Baru, ahli keluarga berkumpul menikmati jamuan makan malam, diikuti dengan rumah terbuka meraikan sanak saudara dan sahabat handai pada keesokkan harinya.

Deepavali
Kejayaan kuasa baik mengalahkan kuasa jahat diraikan oleh penganut Hindu dalam perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Perayaan Cahaya pada setiap bulan ke-7 mengikut kalendar Hindu. Di seluruh negara, upacara sembahyang serta ‘pembersihan’ dijalankan di kuil-kuil serta tempat-tempat pemujaan penganut Hindu.Slain itu mereka juga menymbut Thaipusam (sbg tanda syukur) kpd tuhan mereka.Perayaan ni meriah lh jugak dekat KL..sbb ada kenderaan yg berhias yg berarak spjng jln sehinggalh kat Batu Caves. tp y palig gerun masa dyeorng pikul kavadi (ala.. yg cucuk kat badan diaorng tu)..p/s pelik tp benar


Friday, August 28, 2009

'Hidangan Malaysia'

Gabungan kaum Melayu, Cina dan India berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada ‘hidangan Malaysia’ dan menjadikan ia sebagai satu tarikan kepada pelancong luar. Nasi merupakan makanan utama bagi orang Malaysia dan orang Melayu yang dihidangkan dengan pelbagai lauk-pauk dan ulam ulaman. Antara makanan-makanan popular bangsa melayu ialah Nasi lemak, nasi tomato, Gulai lemak cili padi, rendang tok nasi berlauk, nasi minyak dan tidak terkecuali kuih muih seperti,bubur cacar,bubur kacang,pengat pisang dll.Makanan popular bagi bangsa Cina di Malaysia ialah Kuih Bulan, Chou Zhi Tou (sup), Kampua (mee) dan banyak lagi. Manakala bagi masyarakat india,makanan yang popular bagi masyarakat di negara kita adalah seperti chapati,roti canai, tose dan banyak lagi... ermmmmm menyelerakan..huhu





nasi minyak & nasi lemak (ermm sdapnya tgk..)



ni pulak makanan bangsa india( kurang pasti apakah nama mk6 ini..)


makanan bangsa cina