Tuesday, September 1, 2009

BuDaYa dLm TaRiAn...:)

TARIAN SINGA

bahasa Cina: 舞獅; pinyin: wǔshī) tarian singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.

ini merupakan kostum untuk tarian naga

TARIANG BHANGRA


Bhangra adalah merupakan suatu bentuk tarian untuk meraikan kejayaan menuai padi di wilayah Punjab India.Tarian ini lebih memaparkan komuniti Sikh di Malaysia. Setiap pergerakan di dalam tarian ini mambawa maksud yang tersendiri untuk melahirkan suatu pergerakan yang artistik. Penari Bhangra biasanya terdiri daripada kalangan lelaki dan wanita dengan pakaian pelbagai warna yang cerah. Lagu yang dinyanyikan untuk tarian ini adalah gabungan lagu asli dengan diiringi peralatan muzik tradisional seperti tholl (drum), harmonika, tamborin dan klapper muzik. Tarian Bhangra seringkali di persembahkan pada majlis seperti perkahwinan, harijadi dan perayaan kekeluargaan. Boleh ditarikan oleh sesiapa sahaja kerana bukan bercorak keagamaan.
inilah antara contoh tarian bhangra

No comments:

Post a Comment