Tuesday, September 1, 2009

BuDaYa dLm TaRiAn...:)

skrng ni nk cerita pasal tarian.. kita sepatutnya bersyukur tau sebab kat negara kita ni punya banyak budaya,, dan yg pasti yg tertera kat tajuk diatas sy nk cerita pasal tarian.. kat negara yg berbilang kaum mcm kat negara kita ni banyak tarian yg dapat kita saksikan.. sngt menarik.. namun mungkin antara kita yg belum tahu dgn mendalam pasal tarian2 ni.. so marilh kita sama-sama membaca apa yg sy tulis kat bwh ni...


TARIAN ZAPIN


Latar Belakang Ringkas Tarian Zapin Di Johor .Salah satu bentuk tarian pergaulan masyarakat Melayu yang masih utuh dan popular ialah tari zapin. Dari perspektif sejarah perkembangannya tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar senitari di Malaysia ini telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Namun demikian banyak antara genre zapin tradisional ini tersebar hanya ke daerah-daerah tertentu sahaja dan salah satu daripada genre zapin tradisional yang dinamik dan anggun dikatakan masih terdapat di negeri Johor.Di Johor zapin yang dikenali dalam dua bentuk iaitu Zapin Melayu dan Zapin Arab memperlihatkan perbezaaan dari segi unsur peradaptasiannya. Pada realiti kedua-duanya genre zapin itu berasal dari satu keseniaan masyarakat Arab yang di bawa Hadramaut.Satu hal yang menarik mengenai tarian Zapin Johor ialah keupayaan mewujudkan rasa persaudaraan penari dan pemuzik serta sifat esprik decorps yang dapat dimunculkan di kalangan mereka sekali gus mematahkan rasa malu penari-penari apabila menari di khalayak ramai. Secara simbolik gerak tari zapin ini menampakkan kepentingan usaha bersama dan bukannya usaha individu disamping meminggirkan persaingan antara pemain-pemain dalam kumpulan mahupun antara kumpulan, Ditinjau dari perspektif inilah, keunikan dan keistimewaan tarian Zapin Johor terserlah.

No comments:

Post a Comment