Saturday, August 29, 2009

KiTa & RaYa!!!

kita di Malaysia sepatutnya merasa bertuah sebab kita punya pelbagai jenis perayaan yg kita boleh sambut bersama.. contohnya hari raya aidilfitri,tahun baru cina, dan deepavali.. sangat seronok.. kita boleh tgk macam2 masa perayaan ni.. macam tahun baru cina kita boleh tgk tarian naga dan singa..kalau melayu tentulah baju2 dan kuih raya yang jarang kita dpt tgk masa hari2 biasa.. kalau india pulak kita boleh tgk perarakan memikul kayadi yg boleh dikatakan menggerunkan jugak..huhu.. tp kat bwh ni sy terangkan sedikit pasal perayaan kat negara kita yang tercinta ni.. bacalah ye..

Hari Raya Aidil Fitri
Hari Raya Aidil Fitri menandakan tamatnya bulan puasa (Ramadhan) dan disambut oleh penganut Islam di seluruh dunia. Penduduk Islam di Malaysia memulakan hari ini dengan menziarahi kubur diikuti sembahyang sunat hari Raya dan saling bermaafan antara satu sama lain. Sanak-saudara serta sahabat handai dijemput ke rumah terbuka di mana mereka disajikan dengan pelbagai hidangan tradisional yang lazat.


Tahun Baru Cina
Tahun Baru Cina menandakan hari pertama kalendar Bulan cina.Mereka smbt perayaan ni lama jugaklh.. dlm 15 hari.Biasanya bangsa cina ni menghiaskn Limau Mandarin dan putik pohon plum,(lambangkan kemewahan dan nasib baik)kat rumah2,pejabt dan sebagainya. Tarian naga dan tarian singa berserta paluan gendang yang bersemangat menambahkan lagi suasana meriah perayaan ini. Pada malam sebelum Tahun Baru, ahli keluarga berkumpul menikmati jamuan makan malam, diikuti dengan rumah terbuka meraikan sanak saudara dan sahabat handai pada keesokkan harinya.

Deepavali
Kejayaan kuasa baik mengalahkan kuasa jahat diraikan oleh penganut Hindu dalam perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Perayaan Cahaya pada setiap bulan ke-7 mengikut kalendar Hindu. Di seluruh negara, upacara sembahyang serta ‘pembersihan’ dijalankan di kuil-kuil serta tempat-tempat pemujaan penganut Hindu.Slain itu mereka juga menymbut Thaipusam (sbg tanda syukur) kpd tuhan mereka.Perayaan ni meriah lh jugak dekat KL..sbb ada kenderaan yg berhias yg berarak spjng jln sehinggalh kat Batu Caves. tp y palig gerun masa dyeorng pikul kavadi (ala.. yg cucuk kat badan diaorng tu)..p/s pelik tp benar


No comments:

Post a Comment